Destinasi Makanan Halal

 


Cendol “KFC”,Jalan Universiti,PJ

Posted December 7, 2012 by

Ringkasan

 

Paling Best:

Murah & sedap !!!
 

Paling Tak Best:

Tempat duduk tak banyak, susah dapat parking
 
KESELURUHAN

Gerai cendol ini mendapat nama sebagai Cendol KFC, sebab bersebelahan dengan KFC Jalan Universiti

Kalau hari tu kita terjah kedai cendol di Johor Bahru, Hari ni mari kita ke gerai cendol di sekitar Kuala Lumpur. Gerai cendol ini mendapat nama sebagai Cendol KFC, sebab bersebelahan dengan KFC Jalan Universiti. Sebenarnya gerai ini lebih macam gerai haram laa, gerai guna lori, then dia open table tepi-tepi jalan macam tu je. Tapi sebenarnya kedai-kedai macam ni laa yang cendol dia best!

cendol jalan universiticendol jalan universiti

Sebenarnya saya takda lah minat cendol mana. Tapi disebabkan kedai ni lah jadi miant pulak. Haha. Rasa dia macam ttak terlalu manis, sedang-sedang je. Anda juga boleh dapatkan pelbagai pilihan cendol samada cendol jagung, kacang, pulut, special dan lain-lain. Haritu saya cuba cendol pulut dia. Memang banyak gila pulut dia letak. I like! Kalau anda tak minat cendol, sini ada juga dijual ABC. ABC dia memang dalam bekas besar. Puas hati! Emm. Sambil tu, ada jugak dijual rojak mee. Rojak mee dia sedap, kuah memang pekat dan kuantiti makanan juga banyak. Makan dengan cendol, memang combo!

abc PJ

Sebab kedai ni macam bukak tepi jalan je, so kadang-kadang susah nak dapat sit. Yelah. Kedai pun famous kan. Selain tu, sebelah kedai cendol ni ada carwash. So, memang seronok jugak sambil tunggu kereta siap basuh, pekena cendol.

VN:F [1.9.22_1171]
Pernah Makan di Sini ? Berapa Bintang Agak-Agak?
Rating: 4.7/5 (12 votes cast)

Cendol “KFC”,Jalan Universiti,PJ, 4.7 out of 5 based on 12 ratings