Destinasi Makanan Halal

 


Lotte Pepero Halal atau Tidak?

Posted April 3, 2014 by

Kepada semua peminat Lotte Pepero, untuk makluman anda sehingga ke tarikh hari post ini ditulis, Lotte Pepero telah disahkan TIDAK mempunyai status sah Halal.

JAKIM Malaysia sendiri telah  mengesahkan dalam portal mereka (rujuk di sini) bahawa produk Lotte Pepero BUKAN pemegang sijil halal Malaysia mahupun disahkan halal oleh mana-mana Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf. Ini bermakna Pepero tidak mempunyai sijil sah halal daripada badan Halal Korea sendiri iaitu samada Korea Muslim Federation (KMF) mahupun Korea Halal Association (KHA).

Pepero disahkan tidak mempunyai status halal dari Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf.

Pepero disahkan tidak mempunyai status halal dari Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf.

Coklat yang berasal dari Korea ini sangat popular di Malaysia dan sering menjadi kiriman sahabat handai jika ke Langkawi kerana harganya yang jauh lebih murah di sana.

Isu ini juga telah dibangkitkan oleh komuniti penggemar makanan Korea sendiri.  (Rujuk di laman Facebook Halal Korea). Yang menjadi perdebatan adalah kandungan emulsifier dan lecithin yang digunakan. Bagi mereka ianya adalah “OK” jika kandungan bahan-bahan tersebut berasal dari tumbuhan dan bukannya haiwan. Laman Halal Korea telah memaklumkan bahawa Pihak Lotte Confectionary telah memberi pengesahan kepada persoalan ini yang emulsifier dan lecithin yang digunakan adalah berasal dari tumbuhan.

Jawapan ini sedikit sebanyak telah memberi kelegaan kepada peminat-peminat coklat Pepero (rujuk ruangan komen posting Halal Korea di atas). Tetapi persoalannya apakah jaminan pihak Lotte Confectionary tidak akan menukar kandungan bahan-bahan tersebut dari semasa ke semasa? Tepuk dada tanyalah selera.
VN:F [1.9.22_1171]
Pernah Makan di Sini ? Berapa Bintang Agak-Agak?
Rating: 3.2/5 (18 votes cast)

Lotte Pepero Halal atau Tidak?, 3.2 out of 5 based on 18 ratings