Destinasi Makanan Halal

 


Masakan Thai @Restoran Wan Thai, Kuah Langkawi

Posted December 11, 2012 by

Ringkasan

 
KESELURUHAN

Bila ke Langkawi singgah le kat Restoran Wan Thai. Memang sedap, harganya berpatutan dan service memang baik

Kalau berkunjung ke Langkawi, jangan pula cuba masakan thai di Restoran Wan Thai, Kuah ya. Ianya terletak di area Pokok Asam. Boleh tengok sini info mengenai Wan Thai ya.

Anyway sebelum order tu, dok aja atas kerusi, tak sampai 2 minit, pelayan restoran terus bawakan air kosong sedikit berperisa pandan. Memang sungguh efficient diaorang ni, customer service memang bagus.

Kitaorang order air, ini air oren not bad rasanya. Harganya berpatutan @RM3.00. Air tembikai pun sedap sama le harganya dengan air oren. Tak lupa dengan milo ais @RM2.00. Secara keseluruhan harga air kat sini sangat berpatutan dengan keadaan restoran dan layanan. Sebelum kita tengok makanan, jom kita teliti menu pula.

Ini harga untuk ikan ya, siakap dan jenahak tapi sayang masa tu jenahak dah habis. Anyway untuk 100g ianya RM6.00 untuk siakap.

menu seafood wan thai

Yang ni pula untuk tom yam dan juga sup.

menu wan thai 2

Sotong pun sodap!

menu restoran wan thai

Ini diaorang bawa nasi dalam piring. Pas tu masuk le dalam pinggan ya takkan nak makan dalam piring. Mula-mula tengok sikit aja tapi bila makan banyak gak ya campur-campur ngan lauk. Nasi ni RM1.20 per plate. Anyway yang warna coklat kat atas tu pun nasi juga.

nasi wan thai

OK ikan siakap masak tiga rasa @RM27, cukuplah untuk dua orang since anak tak makan pun ikan. Memang suka ikannya yang sedikit garing tapi agak pedas. Saya bagi rating 8.1 untuk siakap.

restoran wan thai ikan siakap

Bila aja diaorang bawa sotong goreng, saya dapat rasakan ianya sedap.

Tengok aja le sotong yang diaorang goreng, memang garing dan bukan macam sesetengah tempat, rupanya macam cekodok tak nampak sotong dan penuh dengan tepung. Yang ni saiz kecil @RM15. Saya bagi 8.7 out of 10. Must have menu.

sotong goreng tepung wan thai

Tom yam campur @RM12 memang sedap. Ada sotong, ayam, udang dan beberapa benda lain. Hmmm, sedap le, yang ni saya bagi 8.4.

wan thai tomyam campur

 

So ni le harga untuk kitaorang makan malam kat Restoran Wan Thai, Kuah @RM78.60. Harganya berpatutan untuk makan 3 orang since my son, Danish beli benda lain kat luar. Harga ni adalah untuk 3 air, 3 nasi, kerabu mangga, telur dadar, tom yam campur, sotong tepung dan ikan siakap masak tiga rasa.

restoran wan thai harga

Sumber: http://sharinginfoz.blogspot.com

 

Alamat:

80-82, Langkawi Mall, Kuah (Jalan Pokok Asam), Langkawi,
Kedah 07000, Malaysia

VN:F [1.9.22_1171]
Pernah Makan di Sini ? Berapa Bintang Agak-Agak?
Rating: 4.6/5 (10 votes cast)

Masakan Thai @Restoran Wan Thai, Kuah Langkawi, 4.6 out of 5 based on 10 ratings