Destinasi Makanan Halal

 


Nasi Arab Al Rawsha

Posted April 25, 2013 by

Kali ini krew MySelera singgah makan tengahari di salah satu restoran Nasi Arab yang popular di Kuala Lumpur.

Sebelum makan nasi arab, kena makan Hummus dulu. Hummus Mthawam ini adalah sejenis pembuka selera yang dicicah bersama roti arab. Bagi penggemar masakan melayu mungkin tidak berapa kena dengan citarasa mereka. Tapi sebenarnya sedap juga (ikutkan tekak kami la…). Hummus Mthawam ini ada chick pea, sesame sauce, garlic, lemon & olive oil.. terdapat juga Hummus yang biasa tanpa garlic. Harga pun boleh tahan, RM10 sahaja.

Al Rawsha Hummus
al rawsha chicken mandyTengok gambar pun dah boleh rasa sedap. Bismillah……..Sesedap rasa, nasi yang enak daging ayam yang lembut. Rahsia kesedapan nasi arab di sini bagi kami adalah sos yang disediakan. Memang licin sepinggan ! Harga Chicken Mandy di Al Rawsha hanya RM20.

al rawsha chicken mandy
Kami juga memesan Lamb Kebab sebagai menu tambahan, saja nak memenuhkan lagi perut. Harga Lamb Kebab ini juga berharga RM20. Lamb Kebab ini disertakan bersama dengan roti arab. Daging kambing cincang yang dicampur dengan bawang yang telah diperap bersama rempah ratus sememangnya berjaya memenuhkan nafsu makan kami kali ini!

Al Rawsha lamb kebab
Gambar minuman lupa ambil sebab perut dah terlalu kenyang…..Kami memesan lemon ais dengan arab mint tea yang dihidangkan dalam teapot dengan cawan yang comel.

Restauran Al Rawsha beroperasi 24 jam sehari / 7 hari seminggu, sememangnya tempat yang menarik untuk keluarga dan sesuai juga untuk tempat perbincangan bisnes. Sebab semasa kami makan sempat juga menoleh kiri dan kanan, memang ramai yang pakai korporat sedang menjamu selera. Di ruang menunggu terdapat kedai yang menjual barangan arabian seperti jubah, shawl, kurma dan barangan lain dengan harga yang berpatutan. FREE WiFI turut disediakan di sini.

Kami juga dimaklumkan Restoran Al Rawsha ini turut membuat penghantaran (delivery ) sekitar Kuala Lumpur.

 

Dimiliki Olih : El-OZEIR SDN BHD

Al Rawsha Restaurant

No 8, Jalan Kampung Pandan
55100 Kuala Lumpur
website: www.alrawshakl.com
email: rawsha.restaurant@gmail.com

Tel : 03-9200 6600
Fax: 03-9281 4585

VN:F [1.9.22_1171]
Pernah Makan di Sini ? Berapa Bintang Agak-Agak?
Rating: 4.7/5 (20 votes cast)

Nasi Arab Al Rawsha, 4.7 out of 5 based on 20 ratings


Tentang Penulis

Izz Khairi

Look, I love food. I love it. I love it. I love it. I'm probably happiest when I am in the process of eating