Nasi Ayam Mancongkam, Gombak
Ringkasan
Paling Best:
Nasi Ayam yang menepati cita rasa rakyat MalaysiaPaling Tak Best:
Tiada parking untuk kenderaan pelanggan dan terpaksa parking di bahu jalanNasi Ayam yang menepati cita rasa rakyat Malaysia. Ayamnya yang digoreng garing serta sosnya yang pekat memang merupakan hidangan yang hebat!!
Bagi penggemar Nasi Ayam, pasti anda tercari-cari restoran manakah yang boleh menghidangkan Nasi Ayam yang sedap dan terbaeeek. Hari ini crew myselera telah singgah di salah sebuah restoran nasi ayam yang popular di Gombak yang diberi nama Mencongkam Chiken Riceyang lokasinya terletak berhadapan Masjid Jamek Saad Bin Abi Waqqas, Batu 4 Gombak.
Kami tiba seawal jam 12.30 tengahari. Wow, lot parking dah penuh? Biar betul ni….Terpaksalah parking jauh sikit.
Mencongkam Chiken Rice menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti :
- 1. Nasi ayam biasa RM 5.00
- 2. Nasi ayam garing RM 5.50
- 3. Nasi goreng ayam RM 5.50
- 4. Nasi goreng ayam garing RM 6.00
- 5. Nasi goreng hailam RM 5.50
- 6. Nasi goreng hailam garing RM 6.00
- 7. Nasi goreng ‘O’ RM 2.80
- 8. Nasi goreng hailam ‘O’ RM 2.80
Nasi Goreng ‘O’ tu apa? Nasi goreng kosong kot…..
Kami mencuba nasi ayam biasa dan nasi ayam garing yang mana kedua-dua hidangan tersebut adalah menu utama di restoran ini. “Mancongkam” kah rasanya nanti? Bismillah…….Emmmphh…..Memang sangat…sangat…sangat terbaik….ber baloi baloi. Ayam yang digoreng garing, sos yang pekat, sup yang secukup rasa! Memang mencengkam kalbu…Mereka yang gemarkan ayam goreng garing wajib mencuba nasi ayam di sini. Kami turut mencuba air laici dan ternyata rasanya tidak mengecewakan.
Pada pandangan kami, harga nasi ayam yang diletakkan amatlah berpatutan dan berbaloi dengan keenakkannya
Kami turut dimaklumkan yang restoran ini turut menyediakan servis katering berkonsepkan mobil kepada pelanggannya yang ingin menempah bagi majlis seperti :
1. Kenduri kahwin
2. Majlis aqiqah
3. Event
4. Majlis harijadi
5.Family day, dan lain lain
Sepanjang berada di restoran ini kami tidak menemui logo halal tergantung di mana-mana sudut kedai tetapi apa yang pasti pemilik Mancongkam Chiken Rice ini adalah 100% seorang Melayu Muslim.
Peta ke Mancongkam Chicken Rice :
Nasi Ayam Mancongkam, Gombak,


























