Destinasi Makanan Halal

 


Nasi Beriani Gam Batu Pahat

Posted November 16, 2012 by

Ringkasan

 
KESELURUHAN

Destinasi utama untuk menikmati nasi beriani yang di katakan ‘power’ adalah di Batu Pahat. Kalau sebut Batu Pahat pasti dah terbau-bau aroma beriani memanggil-manggil.

Nasi Beriani Gam atau masakan nasi beriani Melayu dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang Arab melalui Singapura. Nasi beriani dimasak menggunakan beras panjang bersama rempah ratus yang digoreng sebelum ditanak berasnya.

Nasi beriani asal usulnya dari perkataan Parsi ‘baria’ bermaksud memasak atau merebus makanan. Masakan ini dikatakan berkembang dari Parsi ke Timur Tengah dan mendapat tempat istimewa di India oleh kerajaan Mogul.

Nasi Beriani Gam, juga dinamakan Nasi Beriani Dam atau Dum, di masak dengan memasukkan ketulan daging yang telah diperap semalaman di dalam periuk bersama ‘lapisan’ beras. Hasilnya, nasi beriani gam berasa herba rempah, dan berpati lemak dan ‘manis’ daging. Mungkin disebabkan oleh kemasukkan resipi ini melalui Singapura, rakyat Melayu Negeri Johor memperbaharui resipi ke selera Melayu maka terciptalah Beriani Gam Johor

Pada masa sekarang, Nasi Beriani atau Nasi Beriani Gam mendapat tempat di Malaysia sebagai makanan istimewa untuk keluarga ataupun untuk keraian seperti majlis perkahwinan, majlis keraian atau majlis kenduri-kendara.

Kalau sebut Nasi Beriani, pasti negeri Johor adalah destinasi utama untuk melepaskan selera. Orang Johor ni sebenarnya dah lali dengan nasi beriani ni, sebab setiap hujung minggu pasti akan dapat menikmati beriani di rumah kenduri khawin. ^_^

Destinasi utama untuk menikmati nasi beriani yang di katakan ‘power’ adalah di Batu Pahat. Kalau sebut Batu Pahat pasti dah terbau-bau aroma beriani memanggil-manggil.

Sebenarnya ita bukanlah peminat tegar nasi beriani. Tak boleh makan selalu sebab kandungan kolestrolnya sangat tinggi terutamanya berlaukkan kambing.. pengsann..!!

Penggunaan minyak sapi atau minyak Gee dalam penyediaan nasi beriani ni lah yang membuatkan ita tak berapa suka sangat makan nasi beriani. Kalau kerap makan keraplah sakit kepala ita menyerang..

Tapi, dah banyak juga restoran nasi beriani yang ita kunjungi untuk merasakan keenakannya. Sebab nasi beriani ni bukan calan-calang orang yang boleh menyediakannya sesedap rasa.
Nasi beriani yang enak pada ita bergantung pada berasnya yang panjang dan dimasak dengan lembut. Aroma nasinya pula mestilah lemak manis sebab nasi ni di masak bersekali dengan lauknya, yang paling utama lauknya mestilah penuh dengan rasa rempah beriani yang memukau dan daging yang lembut dan enak di makan.
beriani gam batu pahat

Nasi beriani ni tak sama cara penyediaannya seperti nasi minyak. Walapun rupanya seakan-akan tapi bagi warga Johor pasti dapat membezakan antara nasi beriani dan nasi minyak.Apa yang ita tau, nasi beriani ni untuk memasaknya biasanya lauknya di masak terlebih dahulu. Kemudian lauk itu akan di masukkan kedalam periuk kukus yang di sebelah bawah. Nasik pula di tanak di atas periuk lauk tadi dan di antara nasi dan lauk itu pula di alaskan dengan kain yang di salutkan dengan kanji atau gam, kerana itulah di panggil nasi beriani gam. Cara menghidangnya juga sedikit berbeza, kerana lauk di letakkan didalam nasi dan di kambus atau di tutup dengan nasi briani semula. Seperti nasi minyak, nasik beriani juga di makan bersama lauk beriani, kuah dal dan acar.

Kunjungan ita ke Batu Pahat baru-baru ini, tidak ita sia-siakan untuk merasa atau menikmati sepinggan nasi beriani yang dikatakan ‘power’. Oleh itu ita sekeluarga mengunjungi restoran Beriani Mohd Shah yang telah terkenal dikalangan peminat nasi beriani,  yang terletak di Gerai Niaga Peserai, Jalan Muar, Batu Pahat, Johor.

beriani gam bt pahat
Ita sampai sekitar pukul 2 petang tapi.. banyak lauk yang dah habis, yang tinggal hanya lauk ayam sahaja. Kuah dal pun dah habis.. waaa… bayangkan baru pukul 2 dah habis dah lauk briani ni.. pasti pelanggan yang tak putus-putus buatkan lauknya sekejap aje dah selesai..
Restoran yang di usahakan anak beranak Mohd Shah ni dah dikenali bukan saja oleh peminat-peminat nasi beriani gam penduduk tempatan malah  dari daerah lain berhampiran seperti Muar, Kluang dan Pontian, juga Johor Bahru dan Singapura. Di buka setiap hari kecuali hari Jumaat.

Di sebabkan ita dah kerap makan Nasi Beriani gum, ita rasa resepi nasi beriani Pak Cik Mohd Shah ni biasa sahaja, tapi ok la… kalau sesekali nak bertukar selera. Yang paling ita suka air asam boi ni.. aduhh.. sedapnyaaa.. sampai 2 gelas ita minum.. heheTapi pada ita yang paling menarik nasi briani gum Mohd Shah ni adalah pada harganya yang sangat murah berbanding dengan tempat lain.

Bayangkan sepinggan nasi briani baru berharga RM 5.50 untuk lauk ayam dan RM 6.00 untuk kambing.. murah kan..???  kalau kat JB dah RM 9 ~ RM 10 sepinggan.

briani gam batu pahat

Selain itu acar buah dan acar jeruk limaunya juga merupakan satu lagi keistimewaan gerai Mohd Shah ni.Kepada mereka yang belum berkesempatan untuk menikmati keenakan Nasi Briani gum, kalau turun ke Batu Pahat jangan lupa untuk singgah di Restoran Mohd Shah.

beriani gam mohd shah
Restoran Nasi Briyani Gam Mohd Shah
Waktu Perniagaan: 8.00am – 10.00pm ~ ditutup pada hari Jumaat
Alamat : No. 13-14, Medan Selera Benteng Peserai, Batu Pahat Johor, Malaysia
Telefon : 07-4138322
VN:F [1.9.22_1171]
Pernah Makan di Sini ? Berapa Bintang Agak-Agak?
Rating: 4.5/5 (20 votes cast)

Nasi Beriani Gam Batu Pahat, 4.5 out of 5 based on 20 ratings


 
Mesti Cuba
 
  •  
     
     
     
     
    Maggi kari ketam bunga bucida court 1 mar
  •  
     
     
     
     
    burger kaw-kaw
  •  
     
     
     
     
    D'Arab Cafe
  • melaka-ikan-bakar-umbai
  • RSMY nan cheese
  •  
     
     
     
     
    lempeng nabila corner
  •  
     
     
     
     
    rasta
  • Flaming Steamboat Buffet