Destinasi Makanan Halal

 


Nasi Campur Sedap @Restoran Sambal Hijau Sungai Penchala

Posted December 11, 2012 by

Ringkasan

 
KESELURUHAN

Memang kalau yang tak pernah cuba, datanglah ke Restoran Sambal Hijau Sungai Penchala. Memang sedap nasi campur kat sini

Tengah hari tadi lebih kurang pukul 12.30 pi le makan kat Restoran Sambal Hijau, Jalan Sungai Penchala. Ianya dibuka seawal pukul 6.30 pagi hingga 2.00 pagi. Nak tahu lebih lanjut boleh call 03-7725 3259.

Ianya berada di tepi jalan. Tak susah sangat nak cari.

nasi-campur jalan sungai penchala sambal hijaunasi-campur jalan penchala sambal hijau

Bersebelahan dengan Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah. So parking le tepi jalan ya.

Masa pergi tu lauk-pauk memang banyak lagi. Pilihlah yang mana berkenan di hati ya.

Kerabu dan sayur-sayuran pun banyak.

nasi campur jalan sungai penchala sambal_hijaunasi campur jalan penchala sambal_hijau

Ikan goreng, sayur, pegedil, ikan masin, telur masin campur pula dengan kuah memang sedap betul.

nasi campur jalan penchala sambal_hijau

Yang ni pula ayam goreng pedas dan ikan bilis. Secara keseluruhan saya bagi rating 8.1 out of 10. Memang kalau yang tak pernah cuba, datanglah ke Restoran Sambal Hijau Sungai Penchala. Memang sedap nasi campur kat sini.

Semuanya RM22.50. OK gak harganya untuk 2 pinggan nasi dan 4 gelas air termasuk dengan air suam.

ikan bakar jalan sungai penchala sambal hijau

Alamak baru perasan ada ikan bakar, rugi tak cuba, next time le.

 

Sumber: http://sharinginfoz.blogspot.com

VN:F [1.9.22_1171]
Pernah Makan di Sini ? Berapa Bintang Agak-Agak?
Rating: 4.8/5 (4 votes cast)

Nasi Campur Sedap @Restoran Sambal Hijau Sungai Penchala, 4.8 out of 5 based on 4 ratings