Destinasi Makanan Halal

 


Restoran Kunang-Kunang

Posted December 11, 2012 by

Ringkasan

 
KESELURUHAN

Overall memang OK dengan environment yang berlainan dan sesuai untuk makan dengan keluarga dan kawan-kawan

Jom kita lepak kat Restoran Kunang-Kunang yang terletak di Lot 5130, Jalan Lingkaran Tengah (MRR) II, Gombak. Restoran ni terletak bersebelahan dengan petrol station, so kena masuk melalui stesen minyak le. Inilah pemandangan dari luar restoran kunang-kunang. Bila masuk kat dalam, not bad, memang environment lain dari yang lain. Macam dok dalam hutan le pulak.

restoran-kunang-kunang-MRR2

Ok kita mula dengan nasi goreng makanan laut (seafood) @RM14.90. Memang penuh dengan seafood, ada ketam goreng sebelah, udang besar 2 ekor, sotong, crab meat; kepak ayam berempah goreng dan telur mata. Memang cukup sedap dan macam-macam rasa ada. Portion pun banyak juga, memang kenyang le. For the rating, saya bagi 8.3 out of 10.

kunang-kunang nasi goreng

Yang ni char kuey teow goreng @RM10.90, of course memang banyak tapi tak banyak benda yang diletak, i.e. taugeh, udang dan telur, rasanya kerang pun tak ada. Rasa just OK, biasa-biasa aja so for that 7.3 out of 10 cukuplah.

kunang-kunang char kuey teow goreng

French fries memang banyak satu mangkuk ni @RM6.90 dan ada cili sos dan juga mayonis. Memang garing dan jenis yang besar. Hmmmm kentang pun nak bagi rating juga ke? Tak payah le.

restoran kunang-kunang french fries

Yang ni dessert, strawberry jelly @RM3.50 memang sedap ditambah pula ngan strawberry paste. Nak explain macam mana ya, rasanya macam strawberry le. Rating 8.2 out of 10.

restoran kunang-kunang restaurant

Overall memang OK dengan environment yang berlainan dan sesuai untuk makan dengan keluarga ke, kawan-kawan ke, sapa-sapa le. Malam semalam spent lebih kurang RM50 termasuk dengan 10% service charge. So apa lagi maybe ada yang suka makan kat sini bolehlah bagi pandangan ya. By the way, ni website, Restoran Kunang-Kunang.

Sumber: http://sharinginfoz.blogspot.com

Alamat:

LOT 5730, JALAN LINGKARAN TENGAH 2, 68100 GOMBAK,
SELANGOR DARUL EHSAN.

Contact No / No Tel: +603 – 4105 2015/ +603 – 4106 2015  Fax: +603 – 4107 7015|  +6018 – 669 2330

Email: info@kunangkunang.com.my
Attn: Mr. Syam / Mr. Suhaimi

Dibuka setiap hari: 4.00 pm – 12.00 am

 

VN:F [1.9.22_1171]
Pernah Makan di Sini ? Berapa Bintang Agak-Agak?
Rating: 4.1/5 (7 votes cast)

Restoran Kunang-Kunang, 4.1 out of 5 based on 7 ratings


Tentang Penulis

Izz Khairi

Look, I love food. I love it. I love it. I love it. I'm probably happiest when I am in the process of eating