Destinasi Makanan Halal

 


Restoran Makanan Cina Muslim Chan Abdullah, Taman Melawati

Posted January 9, 2013 by

Ringkasan

 

Paling Best:

Bersih dan pelayannya memiliki uniform dan topi tampak kemas apabila menyambut pelanggan
 

Paling Tak Best:

Anda perlu bersabar bila nak cari tempat parking
 
KESELURUHAN

Ramai yang kata makanan halal gaya cina memang membuka selera, sesuai dengan tekak dan tidak berminyak.

Masakan berorientasikan Cina bukanlah sesuatu yang asing di negara kita kerana ia mempunyai penggemar tersendiri. Ramai yang kata makanan halal gaya cina memang membuka selera, sesuai dengan tekak dan tidak berminyak.

Jom ikut crew myselera kita pergi makan chinese style dekat Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah.

chan

Restoran ini terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur berhampiran dengan Achik One Stop Printing Center.

chan

 

Crew myselera mencuba Nasi Goreng Cina dan juga Nasi Goreng Seafood. Opss sebagai appetizer kami order satu set Dim Sum sebagai pembuka selera. Dim Sum yang sampai memang tidak mengecewakan sebab masih berasap-asap masa sampai atas meja. Makan Dim Sum panas-panas cicah sos cili memang best! Menyesal pulak order sikit sangat Dim Sum tu!

Rasa kedua-dua nasi ni memang sedap walaupun Nasi Goreng Cina comel je saiz hidangannya. Nasi Goreng Seafoodnya pulak memang puas hati sebab udang dan sotong yang digaul bersama nasi bersaiz besar . Jus kedondong asam boy dipesan bersama dan rasa air buahnya begitu pekat dan segar.

chanchanchan

Dengan hidangan sebegini besertakan air, kami cume bayar sebanyak RM23 sahaja.berbaloi bukan???

chan9

 

Restoran ini mempunyai lebih 30 hidangan yang menjanjikan keenakan dan kenikmatan masakan cina seperti kepelbagaian masakan ikan siakap, nasi goreng itik dan banyak lagi. Daripada segi harga sangat berpatutan bagi semua golongan. :)

Status halal oleh Jakim yang berdaftar 2022-04/2011 serta logo yang dipaparkan dan pemiliknya yang bernama Mohammad Chan bin Abdullah menyakinkan lagi pelanggan yang ingin merasai hidangan masakan cina muslim ini.

Restoran ini juga mempunyai 9 cawangan di lembah klang seperti di Klang Sentral Meru, Pusat Bandar Rawang,  Kota Kemuning, Bukit Beruntung, Wangsa Maju, Bandar Baru Bangi, Kelana Jaya, Shah Alam Sek 15 dan Taman Melawati.

Keseluruhannya Restoran Masakan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah merupakan sebuah restoran yang menjanjikan keenakan masakan cina yang menepati citarasa rakyat malaysia :)

 

 

Alamat :

60, Jalan Negara,
Taman Melawati,
53100, Kuala Lumpur

Contact No / No Telefon :  03 – 4105 6125/012 – 648 0680

Waktu Operasi : 11.00am – 11.00pm

http://www.mohdchan.com.my

 

VN:F [1.9.22_1171]
Pernah Makan di Sini ? Berapa Bintang Agak-Agak?
Rating: 4.3/5 (7 votes cast)

Restoran Makanan Cina Muslim Chan Abdullah, Taman Melawati, 4.3 out of 5 based on 7 ratings


Tentang Penulis

Izz Khairi

Look, I love food. I love it. I love it. I love it. I'm probably happiest when I am in the process of eating