Destinasi Makanan Halal

 


Restoran Rawani Hadramout, Gombak

Posted January 7, 2013 by

Ringkasan

 

Paling Best:

Servis yang diberikan cepat dan mesra.
 

Paling Tak Best:

Waiter tidak faham bahasa Inggeris apatah lagi bahasa Melayu.
 
KESELURUHAN

Harga bagi Chicken dan Lamb Mandy hanyalah RM15 sepinggan. Berpatutan bukan?

 

Anda penggemar nasi arab? Pasti anda mencari-cari restoran yang menjanjikan keenakan nasi arabnya bukan? Mari bersama crew myselera mencari restoran nasi arab yang sedap di daerah gombak.

 

Rawani Hadramout Restaurant terletak di hadapan Idaman Sutera Condominium, Medan Idaman, Gombak, Kuala Lumpur.

 

Masuk je kedai, alunan lagu arab serta bau-bauan pak arab mengalu-alukan kedatangan kami.

Hadramount1

Hadramount7

 

Crew myselera mencuba hidangan yang diberi nama Lamb Mandy dan juga Chicken Mandy.

Hadramount5

Menu ini dihidang bersama kuah dhal dan juga cili ala ala sambal belacan.

Chiken Mandy rasanya lebih sedap berbanding Lamb Mandy tetapi kedua-dua hidangan ini mempunyai kekuatan masing-masing. Chiken mandy bersama ayamnya yang lembut beserta rempah yang dimasak rata membuatkan ia setanding dengan restoran nasi arab lain. Lamb mandy juga tidak kurang istimewa. Daging kambing yang dimasak bersama rempah terasa hingga ketulang!

Jika sudah muak dengan nasi Mandy tidak menjadi masalah kerana restoran ini menyediakan hidangan lain yang menyelerakan seperti kebab, sandwich dan makanan yang bertemakan salad.

Harga bagi chicken dan lamb mandy hanyalah RM15 sepinggan. Berpatutan bukan? Nasinya yang sedia banyak sememangnya mengenyangkan kita perut orang Malaysia. :)

Hadramount4

Pemilik restoran ini adalah seorang Muslim dan nama pemilik restoran ini ialah Mr Anwar dan anda boleh hubungi beliau ditalian 019-3243145 untuk sebarang pertanyaan mahupun tempahan.

Keseluruhannya Restoran Rawani Hadramout sangat sesuai bagi anda yang ingin merasai keenakan hidangan middle east di daerah gombak ini.

Alamat :

NO, 40 JALAN JERNAI (JALAN 6/21D),
Medan Idaman Gombak, 53100 KL.

No Contact / No Telefon : 0193243145 / 03-40234404

Waktu Operasi : 10.00am Р12.00am

http://www.rawanihadramawt.com

VN:F [1.9.22_1171]
Pernah Makan di Sini ? Berapa Bintang Agak-Agak?
Rating: 4.8/5 (8 votes cast)

Restoran Rawani Hadramout, Gombak, 4.8 out of 5 based on 8 ratings


Tentang Penulis

Izz Khairi

Look, I love food. I love it. I love it. I love it. I'm probably happiest when I am in the process of eating