Destinasi Makanan Halal

 


Village View Restaurant, Bangi

Posted January 18, 2013 by

Tempat makan malam yang selalu menjadi pilihan hati kalau nak makan masakan thai, western , sate dan memang ada di restoran ini
terletak di Sungai Ramal tak jauh kalau exit dari Tol Kajang..terus sahaja menuju ke Bangi nanti nampak papan tanda Village View yang terletak di sebelah kiri…berhampiran Petronas…terus sikit ke dalam dan restorannya terletak di sebelah kanan..

village-view-sg-ramal

Restoran yang luas dan parking di sediakan. Menu yang  kami pilih adalah Tom yam Ayam, Ayam pandan dan Ikan Kembung masak pedas serta Kangkung goreng belacan

village-view-sungai-ramal

Tom yam ayam semangkuk cukup untuk 2 orang makan…ini adalah makanan wajib di order sebab sedap dan isinya banyak.

tomyam-village-view

Ayam pandan juga terasa sedap dan terasa perapannya berbanding dengan restoran yang kononnya ada ‘class’ tapi ayamnya dah berbau..

village-view-ayam-pandan

Ikan kembung masak pedas pun antara menu pilihan yang tak boleh ditinggalkan.. terasa ikannya sedap cukup rasa pedas , garing di luar dan lembut isinya…

ikan-kembung-village-view

Tapi bagi kami kangkung goreng belacannya nie biasa taklah istimewa…sekadar melengkapkan hidangan kami untuk sayur ajelah…Harga hidangan yang kami makan nie adalah lebih kurang RM28.00..cukup kenyang dan puas hati, memang tempat wajib kami pergi.

 

Sumber: http://salmikhairil.blogspot.com/

VN:F [1.9.22_1171]
Pernah Makan di Sini ? Berapa Bintang Agak-Agak?
Rating: 4.0/5 (27 votes cast)

Village View Restaurant, Bangi, 4.0 out of 5 based on 27 ratings