Buffet Ramadhan 2015 Hotel De Palma Shah Alam. Siap Ada Forum Selebriti
Sudah menjadi kelaziman masyarakat kita terfikir-fikir apakah juadah berbuka puasa untuk dimakan bersama-sama dengan ahli keluarga yang harganya murah, berbaloi dan pastinya halal.
Kami berkesempatan untuk merasa dan melihat sendiri juadah buffet ramadhan Hotel De Palma Shah Alam yang menyediakan pelbagai juadah yang enak. Berdasarkan maklumbalas dari pengunjung yang lepas, Hotel De Palma Shah Alam masih mengekalkan konsep kampung ke dalam buffet ramadhan 2015 De Palma Shah Alam pada tahun ini.

Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam
Dengan tema "Sajian Dapur Bonda", barisan chef berpengalaman menjanjikan kelainan dan keistimewaan dalam setiap resepi dan juadah yang dihidangkan.
Lebih 100 juadah berbuka puasa ditawarkan kepada pengunjung di buffet ramadhan Hotel De Palma Shah Alam antaranya Tumis Belacan Siew Pak Choy & Udang Kering, Labu Kuning Masak Lemak, Ikan Sambal & Tauhu Dengan Tempe, Sotong Katak Masak Sambal Dengan Belimbing, Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak, Hati Ayam Masak Kicap & Lada Hitam, Daging Rendang Tetel Pedas dan macam-macam lagi yang ada!




De Palma Hotel masih lagi mengekalkan konsep ala gerai dengan menu Nasi Ayam, Char Kuey Teow, Mee Rebus, Mee Kari, Laksa Penang, Roti John, selera timur dan lain-lain lagi! Malah lauk pengantin pun ada juga dihidangkan sebagai makanan berbuka puasa.



Bagi penggemar makanan Korea, jangan lupa untuk merasa sendiri makanan Korea yang bernama Bulgogi. Baru dapat feeling berbuka di Korea! Kan?

Walaupun Aidilfitri lambat lagi, De Palma Hotel Shah Alam turut menyediakan juadah hari raya seperti Lemang, Ketupat, Rendang Ayam, dan Rendang Daging. Bagi peminat rendang, memang wajib cuba rendang di sini.

Dalam kesibukan kita mencari dan memilih juadah berbuka puasa yang ada di buffet ramadhan 2015 Hotel De Palma Shah Alam sebelum berbuka puasa, bacaan tahlil ringkas diadakan dari adik-adik dari maahad tahfiz berdekatan.
Selain dari itu juga, ketika pengunjung sedang menjamu selera, forum selebriti dengan perbincangan ilmu agama bersama panel jemputan seperti Ustaz Jafri Abu Bakar, Ustaz Ghazali Omar, Ustaz Ibnu Hubain Abdul Aziz, Ustaz Hafiz Abu bakar serta disertai oleh kumpulan nasyid Saff-One.
Kumpulan nasyid Saff-One juga menghiburkan para pengunjung yang datang sambil menikmati juadah berbuka puasa dengan koleksi lagu-lagu nasyid dari mereka.
Selepas menikmati juadah berbuka puasa, para pengunjung boleh singgah di surau yang disediakan. Pihak Hotel De Palma Shah Alam turut menyediakan kemudahan surau untuk pengunjung menunaikan solat maghrib atau bertarawih sebelum pulang ke rumah. Jika nak sambung makan lagi pun boleh selepas solat.
Harga macam mana pula? Bagi anda yang ingin membawa rakan-rakan atau keluarga berbuka puasa di Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam, tempahan bermula dengan harga hanya RM68 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak.
Berita baik untuk semua pembaca blog www.MySelera.com. Anda boleh dapatkan diskaun sebanyak 10% dengan hanya menyatakan nama blog ini jika anda ke Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam. Syaratnya kena buat tempahan dulu ya sebelum datang. (Diskaun istimewa ini hanya sah di De Palma Shah Alam, dan tidak di De Palma Ampang & Kuala Selangor)
Berita baik kepada pembaca. Giveaway kembali! (Ditutup)
Anda ingin berbuka puasa di Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam bersama yang tersayang? Kami ingin memberikan 1 pasang baucer buffet ramadhan bernilai RM136++ di De Palma Hotel Shah Alam pada anda.
Caranya? Kongsikan artikal ini di Facebook anda, kemudian komen dibawah menandakan anda sudah berkongsi bersama rakan facebook anda.! (Pastikan post anda di set kepada Public)
Giveaway bermula 23 Jun 2015 - 4 Julai 2015
Pemenang akan dihubungi melalui Facebook!



