Crispy Apam Balik di Bukit Ferringhi, Penang
Tak lengkap kalau pergi makan angin ke Pulau Pinang tetapi tak singgah ke Batu Ferringhi kan? Di Batu Ferringhi terletaknya Pasar malam atau lebih dikenali sebagai Night Market Batu Ferringhi. Di sini boleh dikatakan merupakan tempat shopping termurah di Pulau Pinang.
Sepanjang berjalan di Night Market, kami terjumpa sebuah gerai yang menjadi tumpuan ramai. Dari jauh pelik juga kenapa ramai orang yang sedang beratur. Rupa-rupanyanya gerai tersebut menjual “Crispy Apam Balik”
Apa yang menariknya apam balik ini sama seperti di Kuala Lumpur yang dijual dengan harga RM0.40 sehingga RM0.50 di pasar malam, cuma yang membezakannya adalah terdapat banyak perisa seperti perisa Coklat, Coklat Cheese, Coklat Oreo, Coklat campur pisang, Nutella, Nutella campur pisang dan lain lain.

Menurut pemiliknya En. Shah, sebelum ini beliau berniaga di Georgetown sebelum berpindah lokasi di Batu Ferringhi. Beliau sudah menjual apam balik rangup bersama isteri selama 2 tahun.
Benda-benda yang unik memang mendapat permintaan tinggi. Kami sempat merasa menu terbaru iaitu Apam Balik Ayam!
Pemilik Crispy Apam Balik - Shah sedang menyiapkan tempahan pelangganCrispy Apam Balik Lain Dari Yang Lain!
Sebelum ini pergi pasar malam, hanya makan crispy apam balik yang ada kacang, gula dan jagung. Kali ini merasa juga makan yang berinti tambahan coklat, coklat dan pisang serta ayam!
Bagi peminat coklat dan Nutella wajib cuba Apam Balik Nuttella + Pisang atau Coklat + Pisang.
Keraknya yang rangup dan kemanisan coklat dan pisang memang terbaik!

Ini lain dari menu lain. Ayam di campur telur dan cheese dimasak lama sedikit sebelum diletak sos. Kalau nak lagi sedap, minta potong dan letakkan sos serta cheese seperti gambar dibawah.



Harga
-
Apam Balik + Coklat - RM2.50
-
Apam Balik + Coklat + Pisang - RM3.50
-
Apam Balik + Nutella - RM4.00
-
Apam Balik + Nutella + Pisang - RM5.00
-
Apam Balik Original - RM1

Bagi yang ada perancangan nak ke Pulau Pinang, jangan lupa teroka makanan sedap di Penang dan juga Crispy Apam Balik sedap di Batu Ferringhi!.