Hashtag CoffeeHouse, The Strand Garden Office Damansara
Gambar Nutella Cake di newsfeed Facebook mencetuskan rasa untuk mencari kafe yang menjualnya dan mencubanya sendiri. Lokasi yang dituju rupa-rupanya merupakan sebuah coffee shop yang baru sahaja beroperasi di Encorp Strand Garden Office, Kota Damansara. Jika anda pernah ke The Encorp Strand Mall, lot bangunan ini berada di seberang jalan sahaja (berdekatan Giant).
Rekaan dalaman ruang kafe yang selesa pastinya bakal menggamit sesiapa sahaja untuk bertandang ke kafe ini.

Apa yang best di Hashtag Coffee House?
Hashtag CoffeeHouse memang sesuai untuk late breakfast & minum petang secara santai dan tenang bersama keluarga, rakan dan teman istimewa. Semasa kami tiba di sini ada juga pelanggan yang datang bersama keluarga. Kafe ini pastinya bakal menjadi tempat lepak baru bagi mereka yang gemarkan privasi.Minuman di sini masih belum boleh untuk dibawa balik atau takeaway lagi buat masa sekarang. Jadi, memang kena datang ke kafe ini dan lepak selama mungkin kerana gelas-gelas di sini memang besar.


Kami mencuba Nutella Cheese Cake, Mini Cottage Pie dan beberapa jenis minuman seperti Ice Blended Mocha, Ice Blended Caramel Cream dan juga Butterschotch Cream. Nutella Cheese Cake di sini is a must try & totally recommended . Sangat gebu, halus dan sedap! Selain itu Mini Cottage Pie yang dibuat menggunakan ubi kentang dan filling daging, tomato & cendawan juga boleh tahan manis dan sedap.
Harga
Kami datang memang tepat pada waktunya kerana promosi 50% untuk semua minuman masih lagi ada.- Nutella Cheese Cake - RM10
- Mini Cottage Pie -
RM10RM5 - Ice Blended Mocha -
RM11RM5.50 - Caramel Cream -
RM10RM5 - Butterschotch Cream -
RM10RM5



