Ikan Celup Tepung Warung Pok Nong, Terengganu. Sedap Dan Sangat Popular!
Warung Pok Nong
Kalau bercuti ke Terengganu jika tak makan ikan celup tepung dan sotong celup tepung di sana memang tak sah. Terdapat banyak warung yang sedap dan menjadi tumpuan ramai terutamanya di waktu petang. Warung Pok Nong merupakan salah satu daripadanya. Perniagaan Warung Pok Nong bermula sejak 20 tahun dahulu. Sejak Warung Pok Nong disiar dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, pelanggan Warung Pok Nong kian bertambah.Warung Pok Nong yang terletak di Mengabang Telipot menerima jumlah pelanggan yang luar biasa setiap hari. Mesti beratur untuk mendapatkan ikan dan sotong celup tepung. Waktu cuti lagi la. Sampai saya sendiri tak sanggup untuk menunggu.
Buat pertama kali kami sempat merasa ikan celup tepung dan sotong celup tepung di Warung Pok Nong, warung yang boleh dikatakan paling popular di Terengganu sekarang ini. Orang luar yang datang pasti akan singgah ke sini. Tapi rakyat Terengganu macam saya, jarang pergi.
-

Beratur agak panjang. Dekat setengah jam juga la nak dapat 'tangkapan'. Hehe 
Walaupun hari bekerja, tetap ramai singgah Warung Pok Nong 
Pekerja sedang membungkus udang celup tepung untuk pelanggan Oleh kerana kena beratur panjang kami pesan air batu campur dan air batu jagung sebelum makan. Mudah kerana mempunyai kaunter yang berlainan dengan air kelapa. Servis pun cepat.
Harga
Mengikut harga semasa. Masa kami pergi harga seperti berikut.- 3 ekor sotong celup tepung : RM20 (berdasarkan size)
- 4 ekor udang celup tepung ; RM5
- 2 ekor ikan selayang celup tepung : RM6 (RM3 seekor)
- Air batu campur / air batu jagung : RM2.50 semangkuk
- Air kelapa : RM2.50 secawan
Sotong pula, dengan jumlah perbelanjaan RM50 secara keseluruhan, macam tak puas makan pula. Itu pendapat kami.

Warung Pok Nong popular tetapi sedap ke?
Sedap atau tidak ikan celup tepung atau sotong celup tepung terletak pada kesegaran makanan laut itu sendiri dan juga tepungnya. Bagi kami, ikan celup tepung dan sotong celup tepung di Warung Pok Nong biasa sahaja walaupun ikan, sotong dan udangnya segar atau fresh. Semua orang tahu ikan-ikan di Terengganu memang manis-manis.Kami sudah mencuba ikan celup tepung dan sotong celup tepung di serata tempat di Terengganu, masih ada warung lain yang lebih sedap dan murah.
Mungkin keadaan sotong biasa yang di hidangkan seekor-seekor menarik perhatian pelanggan. Berbanding kedai lain yang menggunakan sotong katak yang telah di potong dan dihidang sepinggan.
Pilihan ikan juga tidak banyak. Masa kami pergi hanya ada ikan selayang sahaja. Ikan pari tidak kelihatan. Atau mungkin sudah kehabisan.
Untuk sos, kami bersetuju menyatakan sos di Warung Pok Nong antara yang tersedap!. Menyelamatkan tepung yang kurang rasa.
Secara keseluruhan, kami boleh berikan 3 dari 5 bintang.
Untuk mereka yang nak sangat merasa ikan celup tepung paling popular di Terengganu boleh lihat alamat seperti di bawah:




