Maggi Kari Ketam Popular di Bucida Court
Kali ini kami ingin berkongsi review tempat makan yang baru sahaja dibuka dan menghidangkan Maggi Kari Ketam Popular.
Miss Pah Hot Pot's adalah salah satu kedai yang terdapat di Bucida Court, Jalan Damansara, Sungai Penchala. Bucida Court baru sahaja dibuka selepas Hari Raya yang lepas.
Bertemakan lepak santai, lebih istimewa lagi dengan kehadiran live band pada hujung minggu , food court ini sememangnya menjadi tumpuan ramai. Kepada penggemar bola sepak, layar besar turut disediakan khas untuk anda.
Pemilik Miss Pah Hot Pot's iaitu Puan Zalifah binti Mohamad atau lebih dikenali Miss Pah memilih untuk menjual Maggi Kari Ketam yang pernah popular di Pantai Timur. Dengan bertemakan The Best Maggi Ketam in Town dan berinspirasikan citarasa pantai timur, Miss Pah berjaya menghasilkan resepi Maggi Kari Ketam yang tiada tolok bandingnya!
Semakin hari maggi kari ketam beliau semakin mendapat sambutan. Terkini pengarah filem KL Gangster, Syamsul Yusof turut singgah merasa Maggi Kari Ketam Miss Pah.
Maggi Kari Ketam di Miss Pah Hot Pot's mempunyai dua jenis ketam iaitu Maggi Kari Ketam Bunga Special dan Maggi Kari Ketam Nipah Special. Selain itu terdapat juga maggi hot pot's biasa dan juga Sweet & Sour Seafood Platter.



Harga bagi setiap ketam dikira berdasarkan saiz dan harga pasaran. Bagi Maggi Kari Ketam Nipah Special, harganya antara RM25-RM40 dan bagi Maggi Kari Ketam Bunga Special harganya antara RM10-15.
Untuk semangkuk kami berkongsi makan 2 orang. Kuantiti yang diberi memang agak banyak.
Maggi Kari Ketam di sini memang pekat dan pedas! Telur rebus, sayur dan juga tauhu memeriahkan lagi mangkuk maggi kami.
Untuk penggemar Maggi Kari Ketam yang kaw kaw ini boleh singgah di Bucida Court dan cari gerai Miss Pah Hot Pot's. Landmark bagi food court ini mudah nak ingat, ianya berhadapan dengan IKEA. Anda boleh menggunakan peta yang disediakan di bawah sebagai panduan.
GPS koordinat: 3.159749142384319,101.61614671099744



