Nasi Lemak Famous @ Bangsar Food Court. Sedap & Murah!
Nasi Lemak Famous
Pernah dengar tentang Nasi Lemak Famous yang terletak di Jalan Telawi, Bangsar? Tidak susah untuk mencari lokasinya, cari sahaja papan tanda Bangsar Selera yang berhadapan dengan Public Bank Bangsar. Landmark lain adalah Kedai Serbaneka KK dan juga bersebelahan balai polis.
Tahukah anda Nasi Lemak Famous yang dibuka sejak era 90-an bermula dengan tapak kedai yang kecil menjadi terkenal kerana keenakan ayam gorengnya? Ayam gorengnya yang diperap menggunakan rempah serta resipi istimewa telah melonjakkan nama kedai ini.
Kini, Nasi Lemak Famous masih kekal menjadi sebutan atau famous. Di sini pelbagai jenis sambal boleh dipilih seperti sambal sotong, sambal kerang, sambal paru dan juga puyuh goreng.
Semasa kami singgah di sana dalam pukul 9 malam, Kedai Nasi Lemak Famous sudah dipenuhi pelanggan yang terdiri daripada pelbagai lapisan bangsa.Kami mencuba beberapa jenis sambal iaitu sambal kerang dan juga sambal sotong. Ayam goreng? Wajib makan nasi lemak di sini dengan ayam goreng. Rugi besar jika anda tidak mencubanya.


Sedap ke "Nasi Lemak Famous"?
Bagi kami, keistimewaan nasi lemak mereka semestinya terletak pada ayam gorengnya yang memang sedap. Rasa rempahnya yang istimewa mampu membuatkan orang datang semula ke gerai ini. Harga bagi nasi lemak ayam hanyalah RM5.00. Mahal? Murah? Tepuk dada tanyalah selera.
Sambalnya yang merah ternyata pedas. Tetapi tidak terlalu manis.
Sambal sotong dan kerangnya boleh tahan, namun tiada apa yang istimewa tentangnya.
Bagi mereka yang sedang mencari gerai nasi lemak yang sedap di sekitar KL, Nasi Lemak Famous mungkin boleh menjadi destinasi anda yang seterusnya. Lokasi serta alamat seperti yang tertera di bawah :

