Nasi Lemak Village Park, Damansara
Restoran Village Park terletak di Damansara Utama merupakan restoran yang menyediakan nasi lemak popular di Kuala Lumpur. Pemilik Restoran Village Park adalah pasangan suami isteri Chinese Muslim. Pernah kecoh seketika pada 2012, desas-desus menyatakan artis Neelofa adalah pemiliknya. Namun hakikatnya Neelofa merupakan salah seorang share partner
Apa yang menarik di Nasi lemak Village Park, majoriti pengunjung sanggup beratur menunggu tempat untuk menikmati nasi lemak mereka. Pelanggan sentiasa penuh sehingga ke luar kedai. Ada juga yang sanggup beratur lama untuk mendapat tempat ber’aircond’ di dalam yang lebih selesa.
Apa agaknya yang sedap sangat dengan nasi lemak di sini?



Gambar di atas membuktikan berbilang bangsa sedang menikmati nasi lemak disini.
Pesanan: Konsep disini, cari tempat duduk dan panggil pelayan untuk membuat pesanan. Nak tunggu orang ambil pesanan pun makan masa 30 minit.
Apa yang sedap pada Nasi Lemak Village Park?
Signature dish disini adalah Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah. Nasi Lemak di Village Park masih mengekalkan tradisi dihidang atas daun pisang. Memang menaikkan selera makan!
Nasi Lemak di Village Park memang sedap, memang tak dapat dinafikan. Ayam goreng berempahnya merupakan daya penarik utama. Garing dan berkerak. Boleh rasa rempahanya yang sangat sedap! Cuma, kalau masak lama sikit mungkin akan lebih sedap. Kami kurang bernasib baik kerana dapat ayam goreng tak berapa nak masak bahagian dalam.
Sambal nasi lemak Village park tak begitu pedas tetapi masih lagi sedap.
Harga Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah adalah RM9. Mahal atau murah?
Info tambahan : Tempoh hari di rancangan Food Wars Asia Nasi Lemak Village Park tewas kepada Nasi Lemak Tung Shin. Kalah tipis hanya disebabkan sambal mereka kurang kick berbanding sambal Tung Shin!Untuk anda yang nak merasa nasi lemak village park, lokasi mereka seperti alamat di bawah:

