Original Penang Kayu Nasi Kandar Beratur
Kalau pergi Penang tak sah kalau tak pergi makan nasi kandar. Malaysian favorite food! Semasa di Penang kami sempat merasa nasi kandar di Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar yang terletak di Sungai Nibong, Bukit Jambul Penang.
Ramai yang cakap, Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar adalah restoran wajib singgah makan. Sudah banyak cawangan mereka dibuka di Kuala Lumpur. Dah tak perlu ke Penang kalau nak makan nasi kandar restoran ini.
Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar bermula dengan sebuah kedai coffee yang terletak di SS2 Chow Yang sejak tahun 1974 dan menjadi antara restoran mamak yang popular di Klang Valley dan Penang.

Sesampai di Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar, memang ramai yang sedang beratur menunggu giliran untuk mengambil makanan. Tertanya-tanya apa yang sedap di restoran nasi kandar ini.
Jangan risau, restoran ini ada pengesahan sijil halal dari Jakim. Sijil ada dipaparkan di kaunter pembayaran. Boleh semak di laman web www.halal.gov.my dengan carian syarikat Original Penang Kayu Nasi Kandar Sdn Bhd (647647-X).
Kalau nak makan kat sini, kena beratur, sebelum dapat pilih makanan kemudian kena bayar. Kalau nak buat pesanan selepas berada di dalam boleh juga, tetapi tak dapat la kuah campur sebab ia dihidang berasingan.





Original Kayu Nasi Kandar Mahal?
Lebih kurang 30 minit juga la beratur untuk nasi kandar di sini, dan ia berbaloi. Saya pilih sepinggan nasi bersama kuah campur, telur masin, kari sotong dan juga sayur bendi.
Harganya RM14.80? Mahal tak? Pernah masuk berita isu harga makanan di Original Kayu Nasi Kandar yang mahal harganya. Kalau ikut makanan saya ni, sotong ikut harga semasa. Bagi saya mahal juga la. Tapi nak makan sekali sekala boleh la. Kalau ambil lauk ayam murah sikit. Ayam goreng seketul RM6.00.
Sotong memang sedap, tidak liat apabila dimakan. Ditambah dengan kuah campur melimpah. Memang terangkat dibuatnya!

Selain dari nasi kandar, makanan yang femes disini adalah roti tisu. Agak tinggi juga roti tisu disini.
Kalau anda nak cuba Original Kayu Nasi Kandar, ada banyak cawangan dah sekarang dan dibuka 24 jam! Nak singgah boleh ke cawangan-cawangan terdekat di bawah: