Pisang Goreng Cheese, "The Pisang Cheese" Kelana Jaya
Salah satu gerai pisang goreng cheese yang popular adalah The Pisang Cheese yang terletak di Restoran Jamal Mohammed, Kelana Jaya. Sebaris dengan kedai Nasi Lemak Kukus Kangkung.Fenomena Pisang Goreng Cheese semakin menjadi-jadi. Ternyata penangan pisang goreng cheese yang asalnya dari Jakarta Indonesia ini mampu menjadi antara jualan yang hangat di Malaysia sekarang.

Oleh kerana fenomena pisang goreng cheese sedang meletop, Fizlee Hafiz, 29 dan rakannya Sabrina Asri, 29 yang juga seorang doktor, tergerak hati untuk membuka gerai pisang goreng cheese sendiri.
Menurut Fizlee, mereka menggunakan sebanyak 50-80 tandang pisang untuk dijual setiap hari kecuali isnin bermula 9 pagi sehingga pisang kehabisan. Menurut mereka biasanya pukul 3 petang sudah habis stok!

Yang menarik, mereka juga menyediakan khidmat delivery. Servis ini bukan sahaja untuk sekitar Kelana Jaya, tetapi juga di Shah Alam dan Wangsa Maju.

Harga
-
Pisang goreng cheese Original - RM5
-
Pisang goreng cheese Chocolate - RM6
-
Pisang goreng cheese White Chocolate - RM7
-
Pisang goreng cheese Caramel - RM7
-
Pisang goreng cheese Cinnamon - RM7
-
Pisang goreng cheese Coffee - RM7
-
Pisang goreng cheese campur 4 flavor - RM7

"The Pisang Cheese" sedap!
Bukan sahaja rupanya yang menyelerakan, rasanya pun memang sedap. Sekali makan pasti nak lagi. Cuma tak boleh makan banyak-banyak, sebab lama-lama akan terasa muak!Secara peribadi, saya menggemari pisang goreng cheese chocolate, caramel dan coffee. Sememangnya pisang dengan chocolate apabila bergabung, ternyata sedap!

Kalau anda ingin membuat pesanan untuk delivery pun boleh, sila follow Instagram The Pisang Cheese. Mereka sangat aktif di Instagram.
Dan yang nak singgah merasa pisang goreng cheese paling sedap di Selangor dan Kuala Lumpur, singgah di alamat dibawah: